Biodata Nazmi Faiz






Biodata Nazmi Faiz Mansor | Pemain Malaysia

Nama Penuh:Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir:16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)
Berasal dari:Kuala Lumpur
Negara:Malaysia
Tinggi :167 cm .
Berat :-.
Posisi:Midfielder
Nombor Jersi:21
Sekolah :Sekolah Sukan Bukit Jalil, (2008-2011)

Muhamad Nazmi Faiz Mansor dilahirkan pada 16 Ogos 1994 dan merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia. Beliau bermain di posisi Midfielder. Pada bulan November 2011, beliau telah menangguhkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ingin membantu skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia di Sukan Sea ke 26 yang berlangsung di Indonesia.

Nazmi Faiz Mansor telah melakukan debut pertamanya untuk Sukan Sea ke 26 ketika membantu skuad
Malaysia menang 2-1 keatas Thailand, iaitu pada perlawanan kedua Malaysia di peringkat Kumpulan.

Jurulatih Malaysia Ong Kim Swee telah menghamburkan pujian kepada Muhamad Nazmi Faiz yang menampilkan mutu permainan terbaik.

petikan dari kosmo- "Saya bangga melihat prestasi Nazmi. Dia baru berusia 17 tahun tetapi dia bermain dengan cemerlang. Ini cukup baik untuk skuad negara pada masa hadapan."

Kenyataan Kim Swee itu ada benarnya kerana Muhd. Nazmi dilihat mampu mencorak permainan Harimau Muda dengan baik walaupun dia muncul sebagai pemain paling muda di tengah padang.

Lagi Maklumat di
TEKAN SINI.

petikan dari Utusan Malaysia-Muhd Nazmi Faiz ambil SPM tahun depan.

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 November lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau,” kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama hari ini.

"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata, walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka,” katanya. - Bernama


0 comments:

Post a Comment